Tuesday, December 29, 2009

Sahabat Ana Bantai Analah...........


Jawapan Dr. Mohd Asri Zainul Abidin Berhubung Dengan Rakaman Penerangan Akidah Oleh Ustaz Rasul Dahri Disiarkan pada Jan 31, 2008 dalam kategori Komen & Pendapat |

بسم الله الرحمن الرحيم

Soalan: “Berdasarkan satu rakaman ceramah Ust Rasul Dahri berhubung dengan akidah di mana beliau telah ketika menerangkan sifat-sifat Allah Azza wa Jalla iaitu ketika menyebut tangan Allah, kaki Allah, muka Allah, telinga Allah dan mulut Allah, beliau telah menuding ke arah anggota beliau sendiri, seakan menyamakan sifat-sifat itu dengan tubuh manusia. Apakah pandangan SS Dr. Mohd Asri mengenai hal ini.”

Jawapan: “Cara penerangan yang sedemikian rupa tidak bersesuaian dengan kefahaman akidah yang dipegang oleh Ahl al-Sunnah wa al-Jamaah. Sekalipun Ahl al-Sunnah wa al-Jamaah mengisbatkan sifat Allah berdasarkan apa yang dinyatakan dalam kitabNya dan sunnah RasulNya, namun kesemuanya itu di atas asas “Allah tidak sama dengan makhluk”.

Segala bentuk penerangan sama ada melalui perkataan atau penulisan atau perbuatan yang menyebabkan disamakan Allah dengan makhluk dari segi sifat –secara makna- adalah bertentangan dengan akidah yang sejahtera. Maka tindakan tokoh berkenaan sedemikian rupa boleh menimbulkan salah faham terhadap akidah Islam kerana boleh membawa kepada menyamakan sifat Allah dengan makhluk –pohon perlindungan dengan Allah daripada itu semua-.

Kemungkinan hal itu berlaku secara tidak sengaja atau tersasul, atau tersalah gambaran. Jika beliau tersasul, atau tersilap ketika berucap –inilah sangkaan kita- maka hendaklah dibetulkan dan dilarang rakaman itu diedarkan. Jika beliau ada kesilapan faham tentang akidah Ahl al-Sunnah wa al-Jamaah yang sebenarnya, maka bertaubatlah dan kembalilah ke jalan yang diputus oleh para ulama al-salaf al-saleh.

Namun kita tidak menghukum seseorang dengan sesat atau kufur di atas kesilapan yang boleh ditakwilkan atau dibuat beberapa andaian. Melainkan jika pelakunya bersikap keras atas kesalahan akidahnya setelah diterangkan ilmu yang benar. Sikap suka menghukum orang lain dengan sesat dan kufur di atas andaian semata, seperti yang dilakukan oleh kelompok ekstrimis agama adalah menyanggahi ajaran Allah dan RasulNya.

Maka ini adalah pengajaran untuk kita semua terutamanya beliau sendiri (Ustaz Rasul Dahri) agar tidak cepat menghukum sesat atau kufur tokoh-tokoh besar umat Islam atas andaian tanpa alasan yang yakin. Jika kita semua menggunakan pendekatan beliau selama ini, tentu beliau akan menerima hukuman yang sama dalam kes ini”.

Dr. Mohd Asri Zainul Abidin, Kangar, 30 Januari 2008

Wednesday, December 16, 2009

Ana Lebih Hebat Dari Dr Asri.





Ana cukup tak suka bila ada orang komen pasal ana.Antum-antum semua kalau nak selamat ikut apa yang ana ajar.Kalau ana kata bida'ah ikt aja lah, kalau ana kata syirik, ikut ajalah dan kalau ana kata tak mati syahid, ikut cakap ana, jangan cuba melawan.Kalau antum-antum semua degil, ana akan bantai antum-antum macamana ana bantai sahabat yang satu aliran dengan ana, iaitu Dr Asri. Sepatutnya bila dia berenti jadi mufti,calonkanlah ana sebab ana tengok Dr Asri ni kurang sikit kewahabiannya berbanding dengan ana.Ana Wahabi senior, mestilah terror daripada Wahabi kaum muda yang lain.Walaupun ana berceramah dengan cara bersembunyi, tapi Youtube dah selamatkan ana, terima kasih Youtube.

Thursday, December 3, 2009

Syeikh Madinah Buat Kerja Syirik.


Kebatilan Dan Kemungkaran Dalam Berzanji (Hukumnya Syirik)


Dalam ceramah ana tentang amalan membaca berzanji, ana dah kata itu kerja syirik dan haram.Kalau antum-antum pergi karaoke, itu lebih baik daripada baca berzanji.Ana kata begitu sebab ramai orang-orang Melayu tak faham apa yang dia baca.Tapi ana hairan juga sebab syeikh-syeikh di Madinah pun baca, takkan mereka ni tak faham.Sebenarnya ana minat juga dengan bacaan berzanji ini sebab ana ni orang Bawean.Ana dengar ramai orang Bawean pandai baca tapi ana tak pandai nak baca.Bila ana tak pandai nak baca macam kaum-kaum ana dari bangsa Bawean, maka ana kena cipta satu hukum.Ana kena putar belitkan maksud-maksud yang tersirat dalam kitab berzanji tu.Nampaknya berkesan juga cara ana sebab ana tengok anak-anak muda tak berapa minat nak baca.Kebanyakan yang baca ana tengok semuanya otai-otai belaka.Lama kelamaan ana rasa akan pupuslah amalan membaca kitab berzanji ni.Ana pun tak susah-susah nak belajar sebab lagu yang orang Melayu dengan orang Bawean baca semuanya sedap-sedap belaka.Nak jadikan cerita ana kena takutkan orang dengan hukuman syirik.Orang-orang kat Nusantara ni kalau kita momokkan dengan perkataan syirik, takut semuanya, samalah macam orang-orang tua dulu takutkan budak-budak kecik dengan hantu.He...he...he....