Wednesday, February 3, 2010

Bidaah Lagi.


Semua Mereka Ni Buat Bidaah.

Dalam rakaman video terbaru ana bertajuk "Solat Hajat Bidaah", ana katakan bahawa perbuatan mereka-mereka di dalam video di atas adalah bidaah dan setiap bidaah itu akan masuk ke Neraka. Ana kesian juga lihat ramai umat Islam yang akan masuk ke Neraka, maka di dalam Syurga besok tak ramai yang ada. Cuma ana jangkakan, mereka-mereka yang ikut fahaman ana, akan dapat bersama-sama ana di Syurga, tapi tak ramai kot!
Yang paling ana kesian sekali ialah Tuan Guru Nik Aziz yang menjadi Imam solat hajat. Macamana tu? Bagi ana, ana tak peduli siapa dia samada Tuan Guru ke, Sultan ke, Mufti ke, kalau tak ikut cakap ana, maka ana bedal aja bidaah.
Ikhwan-ikhwan sekelian. Rasanya semakin syok pulak rasanya dapat bidaahkan ramai orang Islam. Yang tukang rakam video ana tu bodoh sikit, tak tahu amenda pun. Cuba antum-antum lihat yang datang ke kuliah ana, semuanya budak bodoh-bodoh, senang sikit ana nak ajar. Bila ana kata jangan buat solat hajat depa ikut, jangan berzanji, depa ikut, jangan baca Yasin kat orang mati, depa ikut, jangan buat tahlil kalau bapak atau mak mati pun depa ikut. Kan mudah ana nak ajar budak bodoh-bodoh macam ni.
Kalau ana ajar budak-budak yang ada asas pengajian, nanti depa berhujah dengan ana, mati ana nak jawab. Sebenarnya ana ni pun bukan cerdik mana pun bab-bab hadis ni, tapi ana ambillah yang mana ana suka, tambahan pulak yang bab bidaah, syok betul.Walau apa pun biar depa buat solat hajat, kerja bidaah tu, nanti kita tak ramai masuk Syurga, dapatlah kita bidadari-bidadari lebih sikit.

No comments:

Post a Comment