Monday, February 1, 2010

Dr Asri Buat Lawak.


Pada masa kelapangan, ana suka juga tengok Youtube video-video ana sendiri. Sambil tu ana tonton jugalah video teman-teman seperjuangan ana. Maka pada satu hari tu, ana menonton video Wacana Perdana yang diadakan di Kelantan. Ana tergelak sorang-sorang bila ana dengar sahabat ana, Dr Asri cakap, nama saya Asri bukan Wahabi.
Ana nak nasihatkan Dr Asri supaya mengaku ajalah kita ni Wahabi. Kesian ana tengok dia bercakap sambil lidah dia terjelir-jelir nak cari helah. Dia timbulkan bab kawin paksa, kelakar betullah dia ni. Bab yang dia kata bidaah, syirik, sesat tak pulak dia sentuh tapi dok pusing kat lain. Dr Asri kena gentleman macam ana, mengaku aja kita ni Wahabi. Dah terang-terang kita bukan aja berlainan pendapat dengan ulama-ulama, tapi kerja kita ialah membidaah, mensyirikkan dan menyesatkan orang yang tak sehaluan dengan kita. Nampaknya anta ni dah lari daripada perjuangan kita yang sebenar. Lagi satu ana kesian kat Dr Asri sebab ada penonton yang tanya soalan berkenaan fahaman Ibn Taimiyah tentang sifat-sifat Allah. Kali ni Dr Asri pandai pusing, dia kata itu Wacana lain. Selamat hang Dr Asri. Kalau ana, ana mengaku ajalah yang kita sama-sama kata Allah duduknya di atas Arasy, apa nak sorok-sorok!!!! Apa pun nasihat ana pada Dr Asri, jangan malu nak mengaku Wahabi kerana Wahabilah, anta dapat jadi Mufti Perlis.

No comments:

Post a Comment