Wednesday, March 3, 2010

Siri Kuliah Bersama Rasul Dahri.

Salam buat ikhwan-ikhwan semua yang sering mengikuti kuliah-kuliah ana walaupun secara bersembunyi. Pada siri kuliah kali ini, ana ingin memberi antum-antum sekelian "tips" bagaimana untuk menjadi penceramah WAHABI. Jika kita mengikut acuan Ahli Sunnah Wal Jamaah yang sebenar untuk berceramah, maka sampai bila-bila pun kita tak dapat title Ustaz.
Pertama sekali, bila nak berceramah mesti ada mukadimmah, ini penting. Maka mukadimmah yang ana sarankan untuk dibaca ialah " SETIAP PERKARA BARU ITU BIDA'AH" dan "SETIAP BIDA'AH ITU SESAT" dan "SETIAP YANG SESAT MASUK NERAKA".
Kemudian kita bolehlah berceramah dengan mengambil topik-topik di mana satu-satu perkara Nabi tak pernah buat, kita hukumkan ia Bida'ah yang sesat. Ada banyak perkara kita boleh hukum sesat yang mana Nabi tak pernah buat seperti baca Quran di kubur, Talqin, Tahlil arwah, Sambut Maulid Nabi, Baca Berzanji, baca Yassin malam Juma'at dan lain-lain. Pilih satu topik yang antum-antum suka kemudia kita hukumkan ia sesat dan masuk Neraka, biar pendengar takut nak buat perkara itu.
Kita mesti juga katakan bahawa kita berpegang kepada Al-Quran dan As-Sunnah tapi jangan pandai-pandai pulak mengatakan kita berpegang kepada Ijma' Ulama'. Itu bahaya namanya. Sebenarnya kita tak payah pegang kepada pandangan ulama' sebab kita sendiri dah jadi ulama. Kita katakan bahawa ulama tidak maksum macam Nabi, jadi serupalah ulama dengan kita.
Jika antum-antum nak mulakan sesi ceramah, ana cadangkan kita pergi ke Perlis sebab di sana dah sebati dengan Wahabi. Kalau di Penang, kita boleh pergi ke Institut Ibn Qayim dan di Negeri Sembilan, daftar diri antum di I'ttiba as- Sunnah tapi perlu hati-hati takut kena cekup.
Sebenarnya nak jadi Ustaz Wahabi ini cukup mudah sebab kita tak payah baca tahlil, tak payah baca Yassin, tak payah nak berselawat banyak-banyak bila sambut Maulid Nabi, tak payah baca Quran kat kubur, tak payah nak solat Hajat, tak payah baca talqin kalau ada orang mati, tak payah baca Berzanji dan macam-macam lagi kemudahan yang kita ada. Kalau tak tahu baca Qunut Subuh pun tak apa, kan mudah tu.
Selain menjadi penceramah Wahabi, antum-antum juga boleh tulis buku untuk hukumkan amalan-amalan yang Nabi tak pernah buat sebagi Bida'ah. Contohnya macam ana, Mohd Yaakob, Hafiz Firdaus, Dr Asri, Dr Azwira dan ramai lagi sebab kita tak payah suruh orang lain tahkik atau semak buku kita tu. Hentam sajalah apa kita nak tulis asalkan mesti kandungan buku itu menghukum sesuatu amalan dengan Bida'ah. Nak cari pencetak kita boleh pergi ke Johor namanya kalau ana tak silap ialah Jahabersa. Ana akan sambung lagi kuliah ana untuk mencari apa-apa lagi perkara yang Nabi tak buat untuk dijadikan hukum Bida'ah.

No comments:

Post a Comment