Sunday, June 20, 2010

Tukar Madrasah I'tiba Us-Sunnah Ke Reban Ayam.

MIS telah menerima dua surat daripada Pejabat Agama Islam Daerah Kuala Pilah bertarikh 14 Jun 2010 MELARANG Jamaah As Sunnah Kuala Pilah melakukan Solat Jumaat di Madrasah Ittiba Us Sunnah, dan dalam surat kedua MELARANG menjemput penceramah yang tiada Tauliah Mengajar Agama di MIS. Mengikut surat yang ditandatangani oleh Pegawai Agama Islam Daerah itu, tindakan diambil berdasar kepada aduan daripada orang ramai. Adalah amat malang sekali, sebuah badan yang diamanahkan menjaga kepentingan ummat Islam dinegara ini, mengambil sesuatu tindakan yang menekan dan menghukum satu pihak tanpa diberi ruang menjelaskan pendirian dan perpegangannya yang hanya berpandukan ADUAN ORANG RAMAI. Siapakah orang ramai itu? Berapa ramaikan mereka? Apa hubungan mereka dengan MIS? Dan yang pastinya mereka yang membuat aduan itu, adalah mereka yang mencemburui dan jahil dengan perkembangan dan perjalanan MIS. Sebagai sebuah badan yang menjaga kepentingan umat Islam, Jabatan Agama Islam, tanpa mendengar pandangan pihak yang diadukan terus bersekongkol dengan pengadu dan menghukum LARANGAN itu dan ini dengan ugutan akan dituduh dibawah seksyen sekian dan penjara sekian banyak. Apakah ini suatu tindakan yang adil? Atau apakah Pejabat Agama Islam Daerah K. Pilah sudah tidak ada lagi kewibawaan untuk mencari jalan penyelesaian hal di MIS ini? Mengikut rekod yang ada dalam simpanan kami, kewujudan MIS ada lebih awal daripada enakmen Pentadbiran Agama Islam (N. Sembilan), maka itu tidakkah boleh Jabatan Agama Islam NS memberikan kelonggaran kepada MIS? Kerana peraturan dan enakmen itu adalah hasil dari pemikiran manusia, jika dibandingkan dengan peraturan dan perintah Allah dan Rasul, perhatikan: Nabi Muhammad saw dalam sabdanya telah mengistiharkan "telah dijadikan untukku bumi ini tempat bersujud (masjid) dan berseh".

Rasul Dahri mengomentar: Ana rasa dah sampai masanya MIS ditukar jadi reban ayam kerana memandangkan gambar reban ayam di atas lagi cantik daripada bangunan MIS.Ana pun sedih tengok bangunan buruk MIS dan rasanya tak sesuai nak buat solat Jumaat kat situ. Kerajaan dah buat banyak masjid dengan belanja berjuta-juta ringgit tapi kenapa antum-antum semua bodoh nak juga sembahyang kat bangunan MIS tu.Ana pun menyesal pergi Kuala Pilah, tak pasal-pasal ana kena cekup, malu ana.Kalau antum-antum ternak ayam daging kat bangunan MIS tu ada juga hasilnya daripada antum-antum buat kerja bodoh sebagaimana yang ana buat sekarang ni.Fikir-fikirlah ya pesanan dari Guru Wahabi antum ni.

No comments:

Post a Comment