Monday, January 25, 2010

Soal Jawab Siri 2.

Ikhwan-ikhwan yang ana hormati sekelian. Bertemu lagi kita dalam sesi soal jawab bersama ana untuk menghuraikan apa-apaytang tersimpul di kepala antum-antum sekelian.
Ana mendapat banyak email daripada sahabat-sahabat ana yang mengkritik pendedahan ana sebagai pendukung Wahabi. Cuma di sini ana hendak menjawab satu soalan yang dikirim kepada ana oleh seorang yang bernama Udin. Soalan beliau berbunyi:
"Kenapakah setiap kali dalam ceramah, Ustaz suka membidaahkan, mensyirikkan, malah menyesatkan amalan-amalan yang telahpun disepakati oleh ulama-ulama silam dan ulama kini"?
Untuk menjawab soalan daripada Udin ini, ana telah bertafakur sehinggalah ana dapat ilham untuk menjawabnya. Sememangnya ana suka membidaah, mensyirik, malah menyesatkan amalan-amalan yang telah disepakati oleh ulama setiap kali ana berceramah. Ini bertitik tolak dengan sejarah yang ana baca sehinggalah ana ingin menjadi seperti mereka. Antum-antum mesti kenal dengan Syeikh Abdul Hadi, Hasan Bandung, Hashim Ghani, Abu Hassan al-Syaari dan lain-lain sebgai tokoh Wahabi Nusantara. Begitu juga dengan Muhammad Ibn Wahab, pengasas fahaman Wahabi.
Untuk menjadi terkenal seperti mereka, maka dengan itu ana juga membawa pendekatan yang sama. Jika kita mengikut ulama-ulama Ahli Sunnah Wal Jamaah yang sebenar seperti apa yang dilakukan oleh ulama-ulama kini, maka nama kita takkan disebut lagi bila kita mati nanti. Oleh itu, untuk meletakkan nama kita sebaris dengan tokoh-tokoh Wahabi yang ana sebutkan, maka ana mesti menjadi Wahabi tegar agar nama ana juga akan disebut-sebut selepas ana mati nanti.
Ana percaya, apabila ana mati nanti, akan ada sahabat ana seperti di Al-Mizzan I'tibba as-Sunnah menulis profil dan perjuangan ana sebaris dengan Hashim Ghani sebagai tokoh Wahabi yang disegani. Jika ana mengikut fahaman Ahli Sunnah Wal Jamaah yang sebenar seperti apa yang dilakukan oleh Mufti-Mufti, Dr. Uthman Muhammaddiy, Zamihan, Abu Syafiq, Us. Mahfuz dan lain-lain, maka nama mereka tidak akan disebut selama-lamanya. Jika kita menjadi Wahabi tegar, maka kita akan lebih popular daripada mereka-mereka ini.
Seperkara lagi, ana juga ditanya kenapa menggunakan nama Al-Wahabi di hujung nama Rasul Dahri. Ana juga ingin manjadi seperti Us. Zamihan Al-Ghari, Us. Mahfuz al-Subki, Syeikh Fuad al-Maliki, maka ana letakkan nama Rasul Dahri al-Wahabi.

Friday, January 22, 2010

Soal Jawab Bersama Ust. Rasul Dahri.

Soalan: Assalamualaikum Ustaz. Ibu saya baru sahaja meninggal dunia akibat penyakit barah. Baru-baru ini ayah saya yang mana seorang Imam masjid telah menjemput jemaah masjid untuk mengadakan bacaan Yasin dan tahlil. Apakah hukumnya perbuatan ayah saya dan jemaah masjid tersebut? - Ayu-Kempas Johor.

Jawapan URD: Waalaikumsalam. Telah saya jelaskan bahawa membaca Yasin dan tahlilan untuk orang yang sudah mati hukumnya haram. Dengan itu perbuatan ayah dan rakan-rakannya adalah bidaah yang sesat. Setiap bidaah yang sesat, tempatnya di neraka. Kesihan kepada ayah anta dan kawan-kawannya kerana menempah tiket ke neraka.

Soalan: Di masjid dekat rumah saya diadakan pertandingan berzanji dan marhaban. Sebanyak 10 kumpulan (setiap kumpulan 10 orang) telah menyertainya. Apakah hukumnya ustaz?-Man-Kg. Majidee.

Jawapan URD: Ini juga sudah ana katakan, bahawa berzanji itu syirik hukumnya. Ini bermakna 100 orang yang menyertai pertandingan berzanji tu dah lakukan kesyirikan terhadap Allah. Kesimpulannya, sesiap yang syirik, masuk ke dalam neraka, maka kesemua mereka yang berzanji itu akan ke neraka.

Soalan: Jabatan tempat saya bekerja sibuk nak mengadakan perarakan Maulidur Rasul dengan melakukan persiapan.Mereka akan sertai perarakan bersama-sama jabatan lain yang akan diadakan di Masjid Putrajaya. Apa pandangan Ustaz?-keliru- Putrajaya.

Jawapan URD: Sambutan Maulidur Rasul adalah bidaah.Siapa yang sambut, hukumnya sesat.Kalau satu Malaysia ada 2 juta orang yang sambut, nampaknya 2 juta orang itu akan masuk neraka sebab buat kerja bidaah. Nasihat saya jangan sambut, baik anta pergi nyanyi kat mana-mana karaoke.

bersambung...................

nota: sila hantar soalan berkaitan dengan bidaah, syirik dan sesat untuk dijawab oleh URD.

Thursday, January 21, 2010

Al-Mizaan Itiba Us-Sunnah Marahkan Ana.

Menconteng Arang Di Muka Sendiri

Kegiatan jahat tidak bermoral Penentang Gerakan Kembali Kepada Al-Qur'an dan Sunnah tidak henti dengan sifat cemburu dan iri hati. Terbaru dengan penyamaran sebagai ANAWAHABI berwajahkan Ust. Rasul Dahri meninjau-ninjau kesini dan dalam laman sesawangnya memaparkan kata-kata sindiran, celaan dan maki hamun terhadap Ust. Rasul Dahri dan rakan-rakan. Pembaca budiman tentunya dengan mudah dapat menghidu mainan nakal anak-anak yang masih tidak matang dalam peradaban bidang yang dimasukinya ini. Mereka menceduk dan mengambil apa yang sesuai pada kehendak nafsu kelaman mereka tanpa ada sedikit malupun. Kepada rakan-rakan As Sunnah diminta kita dapat terus memperkukuh aqidah dan kepercayaan bahawa kembali kepada Al-Qur'an dan Sunnah itulah sahaja jalan untuk menyelamat diri dari perpecahan dan kesesatan.

Sampainya hati blog Almizzan cakap begini pada ana. Antum-antum kat I'tibba us-Sunnah ni lupa ke jasa-jasa ana yang selalu berkunjung ke I'tibba us-Sunnah dalam gerak kerja mengWahabikan orang Kuala Pilah? Ana tak sangka I'tibba us-Sunnah kata ana conteng muka ana sendiri. Ana cuma nak jadi follower blog kawan-kawan Wahabi ana pun tak boleh, kenapa? Dahlah ana susah nak buat ceramah la ni, silap haribulan kena tangkap, member sendiri pulak sisihkan ana. Apa pun ana minta maaf sebab dedahkan indenti kita sebagai pendukung Wahabi sebenar. Ana dah letih dah nak pura-pura, lebih baik kita berterus-terang aja yang kita ini sebenarnya WAHABI bertopengkan SALAFI.

Wednesday, January 20, 2010

Zamihan Bedal Ana....Aduh................


Zamihan Bedal Ana di Puchong.

Ana baru saja menonton ceramah yang dibuat oleh Us. Zamihan, Pegawai JAKIM di Youtube. Teruk betul ana kena bedal kat Us. Zamihan depan orangramai di masjid Puchong. Yang peliknya macamana Us. Zamihan ni tahu ana ada di Kinrara. Ana bayangkan kalaulah ana yang dapat berceramah di Masjid As-Salam Puchong, memang ana nak belasah bidaah, syirik, sesat aja sapa-sapa yang dok ikut buat amalan yang ana benci. Sambil-sambil tu boleh jugak ana recruit baru punya Wahabi. Us Zamihan ni naka ajak ana berhujah, nanti dululah......ya Syeikh. Ana bukannya takut tapi tak tahu apa hujah ana nak pakai bila berdepan dengan anta (Zamihan). Anta tunggu..... nanti ana minta anak ana rakam masuk Youtube, tak adalah ana kena tangkap.

Tuesday, January 19, 2010

Ana Takut!!!! Tolong Ana.

Wacana Wahabi nak diadakan di Dewan Serbaguna Masjid Wilayah, Jalan Duta, Kuala Lumpur pada 24hb Januari ini. Macamana ni!!!!!Nampaknya depa nak bincang pasal analah tu sebab ana selalu usung fahaman Wahabi ke sana sini. Siapa punya kerja ni ya!!!!!!
Dalam 2-3 minggu ini ana tak boleh tidur sebab ramai sangat orang sebut nama ana sebagai Wahabi tua. Wahabi tu kan kaum muda, sekurang-kurangnya bagi chancelah ana nak jadi muda.
Ana rasa nak pergi juga dengar, tapi ana malulah. Maklumlah ana ni selalu khabarkan depa tu sesat, bida'ah, syirik dan macam-macam lagi. Yang ana takut kalau terserempak dengan Abu Syafiq, matilah ana kalau dia ajak berhujah. Lebih baik ana pasang spy pergi dengar, kemudian spy ana report kat ana. Lepas tu ana bantailah depa ni kat Youtube, rakam sendiri pun tak apa. Anak ana ada video recorder, boleh tolong rakam apa ana nak cakap. Tak dapat ceramah kat masjid pun tak apa, cukuplah ana jadi "USTUBE" (singkatan kepada Ustaz Youtube)