Wednesday, March 31, 2010

PMIUM Sokong Ana.

Persatuan Mahasiswa Islam Universiti Malaysia (PMIUM) mendesak pegawai kanan sebuah institut di bawah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) supaya memohon maaf secara terbuka kerana didakwa “mengaitkan persatuan itu dengan aliran-aliran tertentu di Malaysia”.

Presiden PMIUM Shazni Munir Mohd Ithnin berkata, pihaknya mendapat aduan, pegawai kanan dari Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM) - dalam kuliah sebelum solat Jumaat di Masjid Al-Rahman di Jalan Pantai Bharu, pada 12 Mac lalu, dikatakan telah mengaitkan PMIUM dengan penganjuran sebuah seminar anti-terorisme.

Sedangkan, kata Shazni Munir, program tersebut - yang dikatakan melibatkan tokoh-tokoh 'Wahabi' - pada 28 Mac lalu, dianjurkan oleh sebuah NGO lain dengan kerjasama Bahagian Hal Ehwal Pelajar dan Alumni Universiti Malaya (UM) serta Majlis Perwakilan Mahasiswa Universiti Malaya (MPMUM).

“Kita tidak pro pada mana-mana aliran. Wahabi pun tidak, ahbas pun tidak. Kita ada semua pihak dalam PMIUM. Kita berlapang dada dengan semua aliran.

“Mengaitkan kita dengan mana-mana aliran, menyebabkan orang tutup pintu dengan kita,” kata Shazni ketika dihubungi Malaysiakini hari ini.

Ana hairan sebab PMIUM takut dituduh Wahabi. Kenapa antum-antum nak takut kalau benar-benar kita berjuang untuk mengembangkan Wahabi? Berlapang dada dengan Wahabi, bermakna sokong jugalah antum-antum pada Wahabi, tak gitu Akhi Shazni? Mana ada orang nak tutup pintu sebab PMIUM sendiri yang buka pintu bagi ana dan geng-geng Wahabi buat seminar.

Ana nasihatkan PMIUM agar kita terus berjuang menegakkan Wahabi sebab hanya di UM saja kami boleh berceramah.Apa pun terima kasih kepada PMIUM kerana tak membantah kedatangan ustaz-ustaz Wahabi ke UM. Apa yang Zamihan cakap tu dah betul dah kita ni Wahabi, apa lagi kita nak nafikan dengan hantar surat ke sana ke mari. Berita ini menggembirakan ana dan ustaz-ustaz Wahabi yang lain sebab PMIUM akan terus buka pintu bagi kami berceramah di UM. Tahniah PMIUM kerana membantu dakwah Wahabi.


Thursday, March 18, 2010

Syarat Syarat Untuk Jadi Ulama Wahabi.

Contoh Sijil Ulama Wahabi.

Kepada antum-antum yang nak bergelar ulama Wahabi, mesti ada sijil seperti di atas.(sekeping dah cukup). Pilih mana-mana university kat luar negara untuk belajar tetapi ana sarankan yang baiknya ialah di India atau Pakistan. Belajar ramai-ramai dengan student lain, tak payah ada guru pun boleh, kemudian cipta hukum mengikut kemahuan antum tetapi mesti sebut Bidaah baru sah.
Seperkara lagi tak payah ada sanad atau dapat ijazah mana-mana, cukup sekeping sijil. Antum-antum mestilah belajar sikit-sikit bahasa Arab, asal boleh cakap sudahlah macam ana. Jadi ulama Wahabi ni, budget dia murah aja sebab antum-antum tak payah beli serban, tasbih dan apa-apa pun. Yang penting kalau pakai jubah, mesti atas pada lutut dan sekeping kopiah yang mamak selalu pakai. Ingat!!!! antum-antum mesti buat zikir sendirian dengan zikir "Bidaah,bidaah,bidaah.....sebanyak mungkin supaya perkataan bidaah sebati dengan diri kita bila kita berbicara. Lagi satu, antum-antum mesti bagitahu orang yang kita ni Salafi walaupun sebenarnya waktu ana di Penang dulu kita semua dipanggil Salah Pi. Bila ungkapan Salah Pi tu terlalu jelas yang kita ni tak betul,maka ulama-ulama Wahabi tukar ke ungkapan Salafi, barulah best bunyi dia.
Asal usul ungkapan Salah Pi tu dulu sebab kita selalu tak nak ikut apa ulama-ulama Ahli Sunnah Wal Jamaah buat. Depa buat tahlil, kita tentang. Depa baca Yasin kita tentang. Depa berzanji kita tentang. Pendek kata apa yang depa buat kita mesti tentang, maka dah tentulah kita ni Salah Pi. Depa pi kubur, kita pi disko, depa pi berzanji, kita pi karaoke, depa puji Muhammad s.a.w., kita puji Muhammad Abdul Wahab, dah terang-terang Salah Pi. Jadi nak sedapkan bunyi ungkapan tersebut kita tukar ke Salafi. Jadi kepada ustaz-ustaz Wahabi kat Inst. Ibn Qayyim, Penang, tolong jaga agar tak tersebut kita ni Salah Pi.

Wednesday, March 17, 2010

Rasul Dahri Dah Hensem..........

Wajah Terbaru Ana.

Ana cukup benci bila ada orang panggil ana Salafi Tua. Geng-geng Wahabi ana dapat gelaran kaum muda tapi ana dah tua, depa kata tak boleh join kaum muda, Maka dengan itu ana terpaksalah pergi saloon hitamkan rambut dan janggut ana. Kawan ana, Husin Yee cemburu tengok ana nampak lebih muda bila hitamkan segala bulu-bulu ana. Bagi peminat-peminat ana terutamanya kaum Hawa, amacam syok tak tengok ana dah muda. Sesiapa yang nak kelihatan muda bolehlah ana recommentkan saloon yang ana pergi tu. Apa pun, Rasul Dahri Al-Wahabi dah hensem....

Sunday, March 14, 2010

Seminar Wahabi - Cerdik Tak Ana?


Pada 11/02/2010 telah diadakan seminar bertajuk "Bahaya Ekstrimis Wahhabiy" anjuran Majlis Keselamatan Negara dan disampaikan oleh Ustaz Zamihan. Lepas tu sorang demi sorang kena cekup sebab nak sampaikan fahaman Wahabi. Jadi untuk mengelakkan dicekup, Ana bersama-sama dengan Wahabi yang lain buat Seminar Islam Anti Terrorisme (SEMAT) 2010 pada 28/3/2010 dengan menjemput Ketua Polis Negara. Yang nak bercakap hari tu nanti semua ada rekod kena cekup. Maka rasanya tak adalah kena cekup jika kita jemput KPN hadir. Inilah dia idea yang ana rasa cukup baik sekali. Lain kali kalau kita nak ceramah mana-mana, kita bawak sekali orang yang berpengaruh, tak adalah kita kena cekup. Kepada Ustaz Zamihan....Wahabi la ni dah bijak tukar taktik...he...he...he.......
Diminta semua penyokong Wahabi turun dan tolong jual buku-buku ana yang dah diharamkan.Ayuh kita jadikan Universiti Malaya sebagai pusat penyebaran ajaran Wahabi. Ana seronok dan tak sabar sebab dapat cakap cara open, tak payah sembunyi-sembunyi lagi. Best giler...wa cakap lu......firstime dapat cakap on public.

Sunday, March 7, 2010

Nasihat Untuk I'ttiba Us-Sunnah Kuala Pilah.

I'ttiba Us-Sunnah mengadu papanhitamnya yang antik tahun 1952 telah dilarikan oleh Jabatan Agama Negeri Sembilan. Sebenarnya Jabatan Agama Negeri Sembilan dah beri kesedaran kepada kita sebagai pendukung Wahabi agar tidak menggunakan papanhitam tersebut untuk mengajar. Itu bukan sunnah namanya kerana zaman Rasulullah s.a.w tak ada pun guna papanhitam. Perbuatan kita itu bida'ah sebab Nabi tak pernah buat.
Sebagai ganti kalau betul-betul kita nak ikut Sunnah, ana sarankan I'ttiba Us-Sunnah gunakan pelepah tamar. Mereka yang mengikuti pengajian agama di I'ttiba Us-Sunnah wajib bawa pelepah tamar dan jangan baca Al-Quran yang dibukukan kerana zaman Rasulullah s.a.w tak ada Al-Quran yang dibukukan. Banyak benda bida'ah kita dah buat, maka bertaubatlah. Kalau susah sangat nak dapat pelepah tamar, ana syorkan antum-antum semua tebang pokok rumbia ke, pokok enau ke untuk ganti pelepah tamar. Ana rasa bahan-bahan sebegini mudah didapati di Kuala Pilah.
Pohon tamar.

Ikhwan-Ikhwan Wahabi Di Mahkamah - Kesian Ana.

Wednesday, March 3, 2010

Siri Kuliah Bersama Rasul Dahri.

Salam buat ikhwan-ikhwan semua yang sering mengikuti kuliah-kuliah ana walaupun secara bersembunyi. Pada siri kuliah kali ini, ana ingin memberi antum-antum sekelian "tips" bagaimana untuk menjadi penceramah WAHABI. Jika kita mengikut acuan Ahli Sunnah Wal Jamaah yang sebenar untuk berceramah, maka sampai bila-bila pun kita tak dapat title Ustaz.
Pertama sekali, bila nak berceramah mesti ada mukadimmah, ini penting. Maka mukadimmah yang ana sarankan untuk dibaca ialah " SETIAP PERKARA BARU ITU BIDA'AH" dan "SETIAP BIDA'AH ITU SESAT" dan "SETIAP YANG SESAT MASUK NERAKA".
Kemudian kita bolehlah berceramah dengan mengambil topik-topik di mana satu-satu perkara Nabi tak pernah buat, kita hukumkan ia Bida'ah yang sesat. Ada banyak perkara kita boleh hukum sesat yang mana Nabi tak pernah buat seperti baca Quran di kubur, Talqin, Tahlil arwah, Sambut Maulid Nabi, Baca Berzanji, baca Yassin malam Juma'at dan lain-lain. Pilih satu topik yang antum-antum suka kemudia kita hukumkan ia sesat dan masuk Neraka, biar pendengar takut nak buat perkara itu.
Kita mesti juga katakan bahawa kita berpegang kepada Al-Quran dan As-Sunnah tapi jangan pandai-pandai pulak mengatakan kita berpegang kepada Ijma' Ulama'. Itu bahaya namanya. Sebenarnya kita tak payah pegang kepada pandangan ulama' sebab kita sendiri dah jadi ulama. Kita katakan bahawa ulama tidak maksum macam Nabi, jadi serupalah ulama dengan kita.
Jika antum-antum nak mulakan sesi ceramah, ana cadangkan kita pergi ke Perlis sebab di sana dah sebati dengan Wahabi. Kalau di Penang, kita boleh pergi ke Institut Ibn Qayim dan di Negeri Sembilan, daftar diri antum di I'ttiba as- Sunnah tapi perlu hati-hati takut kena cekup.
Sebenarnya nak jadi Ustaz Wahabi ini cukup mudah sebab kita tak payah baca tahlil, tak payah baca Yassin, tak payah nak berselawat banyak-banyak bila sambut Maulid Nabi, tak payah baca Quran kat kubur, tak payah nak solat Hajat, tak payah baca talqin kalau ada orang mati, tak payah baca Berzanji dan macam-macam lagi kemudahan yang kita ada. Kalau tak tahu baca Qunut Subuh pun tak apa, kan mudah tu.
Selain menjadi penceramah Wahabi, antum-antum juga boleh tulis buku untuk hukumkan amalan-amalan yang Nabi tak pernah buat sebagi Bida'ah. Contohnya macam ana, Mohd Yaakob, Hafiz Firdaus, Dr Asri, Dr Azwira dan ramai lagi sebab kita tak payah suruh orang lain tahkik atau semak buku kita tu. Hentam sajalah apa kita nak tulis asalkan mesti kandungan buku itu menghukum sesuatu amalan dengan Bida'ah. Nak cari pencetak kita boleh pergi ke Johor namanya kalau ana tak silap ialah Jahabersa. Ana akan sambung lagi kuliah ana untuk mencari apa-apa lagi perkara yang Nabi tak buat untuk dijadikan hukum Bida'ah.

Monday, March 1, 2010

Fathul Bahri - Kita Serupa.........................

Anak bekas mufti Perlis Fathul Bahri Mat Jahaya dituduh mengajar agama tanpa tauliah selepas ditahan ketika berceramah di sebuah sebuah pusat pengajian agama di Kuala Pilah semalam.

Fathul Bahri, 30, yang dituduh bawah Seksyen 53 Enakmen Jenayah Syariah 2003 Negeri Sembilan mengaku tidak bersalah dan dan mohon dibicarakan.

Mahkamah Rendah Syariah memutuskan, kes tersebut akan dibicarakan pada 5 April depan.

Ana dah pesan dah kat geng-geng Wahabi ni, jangan pergi I'tibba al-Punah kat Kuala Pilah tu....bahaya. Dulu ana dah kena tangkap kat situ, serik ana nak pergi sebab kawasan tu bahaya untuk kita sebagai pendakwah Wahabi. Kita punya pot kat Perlis sudahlah.....dok kacau tempat orang buat apa, kan dah kena tangkap. Nampaknya budak Fathul Bahri ni degil, nak tunjuk terror tapi tersungkur jugak kena tangkap...he...he...he... kesian kat dia. Tapi tak apa, kita serupa dalam aqidah yang satu iaitu menjisimkan zat-zat Allah. Tahniah bro sebab berani masuk kawasan larangan, lu tanggunglah sendiri. Ana senyum aja dengar berita ni......... Nanti kita pergi mahkamah ramai-ramai, pakai baju T yang ana buat, barulah gempaq....macam penyokong Raja Petra pakai baju Free RPK. Kita laungkan slogan ramai-ramai "HIDUP WAHABI!!!!HIDUP WAHABI!!!!!!HIDUP WAHABI!!!!!!