Thursday, June 24, 2010

Ana Pun Nak Masuk UMNO.

Asri nak masuk UMNO, sampainya hati tak pelawa ana sekali.Kalau ana dapat masuk UMNO, ana nak orang-orang UMNO berhenti buat kerja bidaah.Banyak kerja bidaah yang dibuat oleh orang UMNO seperti membaca Yasin malam Jumaat, bertahlil, kenduri arwah, solat hajat, sambut Maulid, baca talqin dan yang wanitanya pula suka sangat baca berzanji.Itu semua bidaah tu, kalau buat juga hukumnya sesat dan masuk Neraka.Lepas tu ana nak cantas mereka-mereka yang selalu kacau kerja ana, senanglah ana nak sebarkan fahaman Wahabi ana.
Ana tahu, Asri nak masuk UMNO ni muslihat siapa.....tak lain tak bukan, mestilah Shahidan al-Wahabi juga yang cadangkan.Bestnya kalau ada orang politik tolong kerja Wahabi ni, baru boleh kita round satu Malaysia dan jadikan Malaysia macam Arab Saudi.Cuba bayangkan kalau Asri masuk UMNO dan dilantik jadi Senator atau Menteri Hal Ehwal Agama, tentu gempaq punya.Masa tu bolehlah ana menyelit-nyelit bagi ceramah kat telivisyen pulak, tajuk mesti hal bidaah punya.Nanti Asri dan ana boleh bergabung tenaga buat tour bidaah dan haramkan apa yang orang UMNO buat seperti yang ana sebutkan di atas.Harap-harap muslihat Asri ni menjadi, baru padan muka geng-geng Ahli Sunnah Wal Jamaah.Dengan depa-depa sekali kita Wahabikan...aduh bestnya...............................................

Tuesday, June 22, 2010

Majlis Ilmu Tauhid Wahabi

MAJLIS ILMU DI MIS
TARIKH:

26 JUN 2010
14 REJAB 1431H


JAM 8.00 MALAM
HARI AHAD MLM MINGGU

TEMPAT :- ITTIBA' IS SUNNAH (MIS)

OLEH:


USTAZ BAKHTIAR EFFENDY
( Tidak Perlu Ragu, beliau mempunyai Tauliah)
TAJUK:-
TAUHID SALAFIYYAH WAHABIYYAH.

MUSLIMIN MUSLIMAT DI JEMPUT HADIR

Sinopsis /Pengisian Kuliah:

1)Membicarakan Allah duduk di atas.
2)Membicarakan sifat Allah, ada tangan,ada kaki,ada wajah,ada mata dsbnya ikut cara Wahabi.
3)Membicarakan kesesatan pengajian Sifat 20.
4)Membicarakan bahawa Abu Jahal & Abu Lahab bertauhid.
5)Membicarakan ramai yg sesat kerana belajar Sifat 20.

Jangan takut sebab Jabatan Agama Islam Negeri Sembilan takkan kacau kerana Wahabi ialah gangster tersohor.Slogan kita ialah" HIDUP WAHABI!!!HIDUP WAHABI!!!

Sunday, June 20, 2010

Tukar Madrasah I'tiba Us-Sunnah Ke Reban Ayam.

MIS telah menerima dua surat daripada Pejabat Agama Islam Daerah Kuala Pilah bertarikh 14 Jun 2010 MELARANG Jamaah As Sunnah Kuala Pilah melakukan Solat Jumaat di Madrasah Ittiba Us Sunnah, dan dalam surat kedua MELARANG menjemput penceramah yang tiada Tauliah Mengajar Agama di MIS. Mengikut surat yang ditandatangani oleh Pegawai Agama Islam Daerah itu, tindakan diambil berdasar kepada aduan daripada orang ramai. Adalah amat malang sekali, sebuah badan yang diamanahkan menjaga kepentingan ummat Islam dinegara ini, mengambil sesuatu tindakan yang menekan dan menghukum satu pihak tanpa diberi ruang menjelaskan pendirian dan perpegangannya yang hanya berpandukan ADUAN ORANG RAMAI. Siapakah orang ramai itu? Berapa ramaikan mereka? Apa hubungan mereka dengan MIS? Dan yang pastinya mereka yang membuat aduan itu, adalah mereka yang mencemburui dan jahil dengan perkembangan dan perjalanan MIS. Sebagai sebuah badan yang menjaga kepentingan umat Islam, Jabatan Agama Islam, tanpa mendengar pandangan pihak yang diadukan terus bersekongkol dengan pengadu dan menghukum LARANGAN itu dan ini dengan ugutan akan dituduh dibawah seksyen sekian dan penjara sekian banyak. Apakah ini suatu tindakan yang adil? Atau apakah Pejabat Agama Islam Daerah K. Pilah sudah tidak ada lagi kewibawaan untuk mencari jalan penyelesaian hal di MIS ini? Mengikut rekod yang ada dalam simpanan kami, kewujudan MIS ada lebih awal daripada enakmen Pentadbiran Agama Islam (N. Sembilan), maka itu tidakkah boleh Jabatan Agama Islam NS memberikan kelonggaran kepada MIS? Kerana peraturan dan enakmen itu adalah hasil dari pemikiran manusia, jika dibandingkan dengan peraturan dan perintah Allah dan Rasul, perhatikan: Nabi Muhammad saw dalam sabdanya telah mengistiharkan "telah dijadikan untukku bumi ini tempat bersujud (masjid) dan berseh".

Rasul Dahri mengomentar: Ana rasa dah sampai masanya MIS ditukar jadi reban ayam kerana memandangkan gambar reban ayam di atas lagi cantik daripada bangunan MIS.Ana pun sedih tengok bangunan buruk MIS dan rasanya tak sesuai nak buat solat Jumaat kat situ. Kerajaan dah buat banyak masjid dengan belanja berjuta-juta ringgit tapi kenapa antum-antum semua bodoh nak juga sembahyang kat bangunan MIS tu.Ana pun menyesal pergi Kuala Pilah, tak pasal-pasal ana kena cekup, malu ana.Kalau antum-antum ternak ayam daging kat bangunan MIS tu ada juga hasilnya daripada antum-antum buat kerja bodoh sebagaimana yang ana buat sekarang ni.Fikir-fikirlah ya pesanan dari Guru Wahabi antum ni.