Sunday, March 7, 2010

Nasihat Untuk I'ttiba Us-Sunnah Kuala Pilah.

I'ttiba Us-Sunnah mengadu papanhitamnya yang antik tahun 1952 telah dilarikan oleh Jabatan Agama Negeri Sembilan. Sebenarnya Jabatan Agama Negeri Sembilan dah beri kesedaran kepada kita sebagai pendukung Wahabi agar tidak menggunakan papanhitam tersebut untuk mengajar. Itu bukan sunnah namanya kerana zaman Rasulullah s.a.w tak ada pun guna papanhitam. Perbuatan kita itu bida'ah sebab Nabi tak pernah buat.
Sebagai ganti kalau betul-betul kita nak ikut Sunnah, ana sarankan I'ttiba Us-Sunnah gunakan pelepah tamar. Mereka yang mengikuti pengajian agama di I'ttiba Us-Sunnah wajib bawa pelepah tamar dan jangan baca Al-Quran yang dibukukan kerana zaman Rasulullah s.a.w tak ada Al-Quran yang dibukukan. Banyak benda bida'ah kita dah buat, maka bertaubatlah. Kalau susah sangat nak dapat pelepah tamar, ana syorkan antum-antum semua tebang pokok rumbia ke, pokok enau ke untuk ganti pelepah tamar. Ana rasa bahan-bahan sebegini mudah didapati di Kuala Pilah.
Pohon tamar.

No comments:

Post a Comment