Monday, May 3, 2010

Dr Asri Nak Tulis Skrip?


Ana membaca tulisan sahabat ana Dr Asri tentang filem-filem Indonesia yang ditontonnya. Di antara filem-filem itu ialah Perempuan Berkalung Sorban dan Sang Murabbi. Ana ada juga menonton filem Perempuan Berkalung Sorban dan part yang paling best ialah bila husband Anissa stim tengok video sang lelaki kena urut, maka Anissa jadi mangsanya.
Walau apa pun ana nak cadangkan juga Dr Asri menulis skrip tentang perjuangan Wahabi di Malaysia.Mungkin tajuk filem tu boleh di namakan "Sang Wahabbi" kerana kita memperjuangkan metode Wahabi.Dalam filem tersebut kita boleh dedahkan orang-orang yang sesat sebab buat kerja bida'ah seperti bertahlil, baca talqin, wirid ramai-ramai lepas solat, buat sambutan Maulidur Rasul, baca Berzanji dan macam-macam lagi.Ana boleh suruh anak ana rakam kat surau-surau atau masjid yang buat baca Yasin malam Jumaat, kemudian kita buat satu ceramah dalam filem tu mengatakan semua perbuatan mereka adalah bida'ah dan boleh masuk Neraka.
Dr Asri jangan lupa jemput ana berlakon dalam filem "Sang Wahabbi" ni sebab ana teringin juga nak jadi pelakon.Kalau boleh Dr Asri boleh ambil artis-artis yang seksi-seksi yang menyokong dia sewaktu dia kena tangkap dulu berlakon sama, tentu best.Dalam filem tu bolehlah kita buat adengan seorang lelaki sedang berkhalwat dengan kekasihnya tapi kena tangkap dengan JAIS, maka Ustaz Wahabi akan menentang apa yang JAIS buat.Ana rasa jika Dr Asri yang buat skrip dan menjadi Pengarahnya, tentu filem "Sang Wahabbi" akan dapat sambutan serta box-office.