Tuesday, December 29, 2009

Sahabat Ana Bantai Analah...........


Jawapan Dr. Mohd Asri Zainul Abidin Berhubung Dengan Rakaman Penerangan Akidah Oleh Ustaz Rasul Dahri Disiarkan pada Jan 31, 2008 dalam kategori Komen & Pendapat |

بسم الله الرحمن الرحيم

Soalan: “Berdasarkan satu rakaman ceramah Ust Rasul Dahri berhubung dengan akidah di mana beliau telah ketika menerangkan sifat-sifat Allah Azza wa Jalla iaitu ketika menyebut tangan Allah, kaki Allah, muka Allah, telinga Allah dan mulut Allah, beliau telah menuding ke arah anggota beliau sendiri, seakan menyamakan sifat-sifat itu dengan tubuh manusia. Apakah pandangan SS Dr. Mohd Asri mengenai hal ini.”

Jawapan: “Cara penerangan yang sedemikian rupa tidak bersesuaian dengan kefahaman akidah yang dipegang oleh Ahl al-Sunnah wa al-Jamaah. Sekalipun Ahl al-Sunnah wa al-Jamaah mengisbatkan sifat Allah berdasarkan apa yang dinyatakan dalam kitabNya dan sunnah RasulNya, namun kesemuanya itu di atas asas “Allah tidak sama dengan makhluk”.

Segala bentuk penerangan sama ada melalui perkataan atau penulisan atau perbuatan yang menyebabkan disamakan Allah dengan makhluk dari segi sifat –secara makna- adalah bertentangan dengan akidah yang sejahtera. Maka tindakan tokoh berkenaan sedemikian rupa boleh menimbulkan salah faham terhadap akidah Islam kerana boleh membawa kepada menyamakan sifat Allah dengan makhluk –pohon perlindungan dengan Allah daripada itu semua-.

Kemungkinan hal itu berlaku secara tidak sengaja atau tersasul, atau tersalah gambaran. Jika beliau tersasul, atau tersilap ketika berucap –inilah sangkaan kita- maka hendaklah dibetulkan dan dilarang rakaman itu diedarkan. Jika beliau ada kesilapan faham tentang akidah Ahl al-Sunnah wa al-Jamaah yang sebenarnya, maka bertaubatlah dan kembalilah ke jalan yang diputus oleh para ulama al-salaf al-saleh.

Namun kita tidak menghukum seseorang dengan sesat atau kufur di atas kesilapan yang boleh ditakwilkan atau dibuat beberapa andaian. Melainkan jika pelakunya bersikap keras atas kesalahan akidahnya setelah diterangkan ilmu yang benar. Sikap suka menghukum orang lain dengan sesat dan kufur di atas andaian semata, seperti yang dilakukan oleh kelompok ekstrimis agama adalah menyanggahi ajaran Allah dan RasulNya.

Maka ini adalah pengajaran untuk kita semua terutamanya beliau sendiri (Ustaz Rasul Dahri) agar tidak cepat menghukum sesat atau kufur tokoh-tokoh besar umat Islam atas andaian tanpa alasan yang yakin. Jika kita semua menggunakan pendekatan beliau selama ini, tentu beliau akan menerima hukuman yang sama dalam kes ini”.

Dr. Mohd Asri Zainul Abidin, Kangar, 30 Januari 2008

Wednesday, December 16, 2009

Ana Lebih Hebat Dari Dr Asri.





Ana cukup tak suka bila ada orang komen pasal ana.Antum-antum semua kalau nak selamat ikut apa yang ana ajar.Kalau ana kata bida'ah ikt aja lah, kalau ana kata syirik, ikut ajalah dan kalau ana kata tak mati syahid, ikut cakap ana, jangan cuba melawan.Kalau antum-antum semua degil, ana akan bantai antum-antum macamana ana bantai sahabat yang satu aliran dengan ana, iaitu Dr Asri. Sepatutnya bila dia berenti jadi mufti,calonkanlah ana sebab ana tengok Dr Asri ni kurang sikit kewahabiannya berbanding dengan ana.Ana Wahabi senior, mestilah terror daripada Wahabi kaum muda yang lain.Walaupun ana berceramah dengan cara bersembunyi, tapi Youtube dah selamatkan ana, terima kasih Youtube.

Thursday, December 3, 2009

Syeikh Madinah Buat Kerja Syirik.


Kebatilan Dan Kemungkaran Dalam Berzanji (Hukumnya Syirik)


Dalam ceramah ana tentang amalan membaca berzanji, ana dah kata itu kerja syirik dan haram.Kalau antum-antum pergi karaoke, itu lebih baik daripada baca berzanji.Ana kata begitu sebab ramai orang-orang Melayu tak faham apa yang dia baca.Tapi ana hairan juga sebab syeikh-syeikh di Madinah pun baca, takkan mereka ni tak faham.Sebenarnya ana minat juga dengan bacaan berzanji ini sebab ana ni orang Bawean.Ana dengar ramai orang Bawean pandai baca tapi ana tak pandai nak baca.Bila ana tak pandai nak baca macam kaum-kaum ana dari bangsa Bawean, maka ana kena cipta satu hukum.Ana kena putar belitkan maksud-maksud yang tersirat dalam kitab berzanji tu.Nampaknya berkesan juga cara ana sebab ana tengok anak-anak muda tak berapa minat nak baca.Kebanyakan yang baca ana tengok semuanya otai-otai belaka.Lama kelamaan ana rasa akan pupuslah amalan membaca kitab berzanji ni.Ana pun tak susah-susah nak belajar sebab lagu yang orang Melayu dengan orang Bawean baca semuanya sedap-sedap belaka.Nak jadikan cerita ana kena takutkan orang dengan hukuman syirik.Orang-orang kat Nusantara ni kalau kita momokkan dengan perkataan syirik, takut semuanya, samalah macam orang-orang tua dulu takutkan budak-budak kecik dengan hantu.He...he...he....

Thursday, November 26, 2009

Nak Pegang Babi, No Problem.....

Antum-antum semua kenal ini binatang tak? Nama binatang ini ialah BABI atu Khinzir. Ana pernah ajar antum-antum semua, ingat tak? Kalau kita nak makan BABI tak boleh, hukumnya haram, tapi antum-antum jangan risau. Kalau antum-antum nak pakai barangan dari kulit BABI, no problem sebab tak payah risau, boleh pakai. Kalau antum-antum semua tak nak pakai, biar ana yang pakai. Siapa kata bila pegang BABI kena samak? Ana kan dah ajar, tak payah samak, nak pegang peganglah. Ana ada juga selera nak makan binatang ni, tapi apakan daya, dah terang-terang haram, terpaksalah ana telan air liur aja. Member ana Hafiz Firdaus betul-betul bagus. Dia pakai kasut kulit babi, makan pakai pinggan tulang babi, tak ada apa-apa pun sebab ana dah ajar dia. So nasihat ana pada antum-antum semua, belilah barangan berkualiti dari kulit dan tulang babi.

Tahlilan, Yasinan & Kenduri Arwah Haram.

Cuba tengok diaorang ni semua. Ana tak tahulah macamana nak cakap lagi. Diaorang semua ni buat kerja bida'ah. Lepas baca Yasin mesti buat tahlil, itu yang ana bengang tu. Tak apa, ana akan terus bagitahu apa yang diaorang buat ni "confirm" masuk neraka sebab buat kerja bida'ah. Kan ana dah kata baca Yasin, Tahlil, Kenduri Arwah tu haram hukumnya. Dengarlah sikit apa yang ana katakan ini kalau nak masuk Syurga dengan ana. Letih ana berceramah sana-sini tapi diaorang ni degil betul. Lagi satu bab berzanji, ana dah kata itu kerja syirik, jadi kalau syirik "confirm" masuk Neraka. Ana ajak pergi karaoke, antum-antum semua tak nak, itu lebih baik dari berzanji tau. Tak apa, suatu hari ana nak buka kelab karaoke, biar ramai anak-anak muda tak payah baca kitab berzanji lagi, boleh lepak kat kelab karaoke ana. He...he...he.....

Buku Ana Kena Gam - Rasul Dahri.



ANA RASUL DAHRI MEMANG MEMBAWA AGAMA WAHHABI MENYAMAKAN ALLAH DENGAN MAKHLUK. ANA MEMANG BANYAK KALI LARI DALAM BANYAK PERDEBATAN KERANA ANA MENGAKU ANA TIDAK MEMILIKI HUJJAH

SEMUA BUKU KARANGAN ANA DIHARAMKAN
OLEH
MAJLIS FATWA KEBANGSAAN DAN KERAJAAN MALAYSIA.


1. Setiap Bid'ah menyesatkan (1)
Pengarang : Rasul Dahri
Penerbit : Perniagaan Jahabersa, No.15, Jalan Dataran3/3, Taman Kempas,
81200 Johor Bahru

2. Persoalan Bid'ah dan Percanggahannya
Pengarang : Rasul Dahri
Penerbit : Perniagaan Jahabersa, No.15, Jalan Dataran3/3, Taman Kempas,
81200 Johor Bahru
Pencetak : Percetakan IWC Sdn. Bhd. No.78, Jln. 10/11 8B Desa Tun Razak
(Industrial Park) 56000 Cheras, Kuala Lumpur

3. Bahaya Taqlid Buta & Ta'sub Mazhab
Pengarang : Rasul Dahri
Penerbit : Perniagaan Jahabersa, 15, Jalan Dataran 3/3 Taman Kempas, 81200 Johor
Bharu, Johor.
Pencetak : Percetakan ICW Sdn.Bhd, Kuala Lumpur

4. Bahaya Tarikat Sufi / Tasawuf Terhadap Masyarakat
Pengarang : Ustaz Rasul Bin Dahri
Penerbit : Perniagaan Jahabersa, 15, Jalan Dataran 3/3, Taman Kempas, 81200 Johor
Bahru, Johor Darul Takzim, Malaysia
Percetakan Putrajaya Sdn.Bhd.

5. Hukum Mengenai Rokok & Mencukur Janggut
Pengarang : Rasul Dahri
Penerbit : Perniagaan Jahabersa 15, Jalan Dataran 3/3, Taman Kempas, 81200 Johor
Bahru, Johor.
Pencetak : Percetakan Nasional Malaysia Berhad Caw. Johor Bahru.



إنَّا لِلََّهِ وَ إنَّا إلَيْهِ رَاجِعُونَ

" نحن أنصار دين الله - كفى هذا قيمة "

Ana sebenarnya nak cari cara macam mana buku-buku ana ini nak diedarkan.Kalau ramai yang beli, dapatlah ana Wahabikan lebih ramai lagi umat Islam yang jahil.Tapi tak apa....ana akan buat e-book bagi percuma kat orang dalam internet. Nasib baik kerajaan tak haramkan Youtube, kalau tidak matilah ana langsung tak boleh berceramah.

Wednesday, November 25, 2009

Welcome To Wahabi World.

Nama Ana, Rasul Dahri dilahirkan di Singapura pada 27hb Mei 1953. Ana merupakan warganegara Singapura walaupun buat masakini ana menetap di Johor Bahru, Malaysia bersama keluarga sebab orang Singapura tak suka kat Ana.. Ana jadi pendakwah bebas, bebas nak bida'ahkan, syirkkan, sesatkan orang.
Ana mendapat pendidikan seperti berikut :-

1973 - Menengah 3 di Madrasah Al-Junied, Singapura; (asas pengenalan kepada Wahabi)
1974 - Menengah 4 di Madrasah Masyhur, Pulau Pinang (Kira Universiti Wahabi, Malaysia)
1983 - BA Syariah & Usulludin, Ummul Qura, Saudi Arabia(sijil untuk membida'ah, mensyirik dan menyesatkan orang lain)

Selain berdakwah, ana juga banyak menulis buku-buku agama yang menyentuh masalah aqidah cara Wahabi yang ana kononkan berlandaskan kepada al-Qur'an dan al-hadis. Selain dari buku-buku, kuliah-kuliah dan forum beliau juga ada dirakamkan ke VCD dan kaset untuk memberi kefahaman kepada pendengar betapa baiknya fahaman Wahabi. Buku-buku dan VCD ana boleh didapati di tokoh-tokoh buku di Singapura dan juga di Semenanjung Malaysia tapi bukan semua kedai, sebab kena sorok-sorok jual.

Salam semua pengikut Wahabi. Sysssss......Jangan cakap kuat-kuat kita Wahabi, tapi cakap kita Salafi.
Ana sebenarnya memang minat kat ajaran Wahabi sebab boleh hentam orang dengan kata-kata bida'ah, sesat, syirik dan apa-apa lagi. Kalau ana ikut betul-betul mazhab Syafie, nanti ana tak glamour sebab dah ramai sangat yang ajar cara fahaman Imam Syafie. Jadi untuk mendapat populariti dalam masa yang singkat kita kena berani bida'ahkan orang, sesatkan orang dan syirikkan orang. Dengan cara begini kita akan cepat popular dan anak-anak muda yang malas nak beramal bolehlah kita jadikan pengikut kita. So....untuk mukadimmah rasanya cukuplah sampai di sini, nanti kita sambung lagi bab-bab membida'ahkan orang. Bye......