Wednesday, November 25, 2009

Welcome To Wahabi World.

Nama Ana, Rasul Dahri dilahirkan di Singapura pada 27hb Mei 1953. Ana merupakan warganegara Singapura walaupun buat masakini ana menetap di Johor Bahru, Malaysia bersama keluarga sebab orang Singapura tak suka kat Ana.. Ana jadi pendakwah bebas, bebas nak bida'ahkan, syirkkan, sesatkan orang.
Ana mendapat pendidikan seperti berikut :-

1973 - Menengah 3 di Madrasah Al-Junied, Singapura; (asas pengenalan kepada Wahabi)
1974 - Menengah 4 di Madrasah Masyhur, Pulau Pinang (Kira Universiti Wahabi, Malaysia)
1983 - BA Syariah & Usulludin, Ummul Qura, Saudi Arabia(sijil untuk membida'ah, mensyirik dan menyesatkan orang lain)

Selain berdakwah, ana juga banyak menulis buku-buku agama yang menyentuh masalah aqidah cara Wahabi yang ana kononkan berlandaskan kepada al-Qur'an dan al-hadis. Selain dari buku-buku, kuliah-kuliah dan forum beliau juga ada dirakamkan ke VCD dan kaset untuk memberi kefahaman kepada pendengar betapa baiknya fahaman Wahabi. Buku-buku dan VCD ana boleh didapati di tokoh-tokoh buku di Singapura dan juga di Semenanjung Malaysia tapi bukan semua kedai, sebab kena sorok-sorok jual.

Salam semua pengikut Wahabi. Sysssss......Jangan cakap kuat-kuat kita Wahabi, tapi cakap kita Salafi.
Ana sebenarnya memang minat kat ajaran Wahabi sebab boleh hentam orang dengan kata-kata bida'ah, sesat, syirik dan apa-apa lagi. Kalau ana ikut betul-betul mazhab Syafie, nanti ana tak glamour sebab dah ramai sangat yang ajar cara fahaman Imam Syafie. Jadi untuk mendapat populariti dalam masa yang singkat kita kena berani bida'ahkan orang, sesatkan orang dan syirikkan orang. Dengan cara begini kita akan cepat popular dan anak-anak muda yang malas nak beramal bolehlah kita jadikan pengikut kita. So....untuk mukadimmah rasanya cukuplah sampai di sini, nanti kita sambung lagi bab-bab membida'ahkan orang. Bye......

No comments:

Post a Comment