Thursday, June 24, 2010

Ana Pun Nak Masuk UMNO.

Asri nak masuk UMNO, sampainya hati tak pelawa ana sekali.Kalau ana dapat masuk UMNO, ana nak orang-orang UMNO berhenti buat kerja bidaah.Banyak kerja bidaah yang dibuat oleh orang UMNO seperti membaca Yasin malam Jumaat, bertahlil, kenduri arwah, solat hajat, sambut Maulid, baca talqin dan yang wanitanya pula suka sangat baca berzanji.Itu semua bidaah tu, kalau buat juga hukumnya sesat dan masuk Neraka.Lepas tu ana nak cantas mereka-mereka yang selalu kacau kerja ana, senanglah ana nak sebarkan fahaman Wahabi ana.
Ana tahu, Asri nak masuk UMNO ni muslihat siapa.....tak lain tak bukan, mestilah Shahidan al-Wahabi juga yang cadangkan.Bestnya kalau ada orang politik tolong kerja Wahabi ni, baru boleh kita round satu Malaysia dan jadikan Malaysia macam Arab Saudi.Cuba bayangkan kalau Asri masuk UMNO dan dilantik jadi Senator atau Menteri Hal Ehwal Agama, tentu gempaq punya.Masa tu bolehlah ana menyelit-nyelit bagi ceramah kat telivisyen pulak, tajuk mesti hal bidaah punya.Nanti Asri dan ana boleh bergabung tenaga buat tour bidaah dan haramkan apa yang orang UMNO buat seperti yang ana sebutkan di atas.Harap-harap muslihat Asri ni menjadi, baru padan muka geng-geng Ahli Sunnah Wal Jamaah.Dengan depa-depa sekali kita Wahabikan...aduh bestnya...............................................

Tuesday, June 22, 2010

Majlis Ilmu Tauhid Wahabi

MAJLIS ILMU DI MIS
TARIKH:

26 JUN 2010
14 REJAB 1431H


JAM 8.00 MALAM
HARI AHAD MLM MINGGU

TEMPAT :- ITTIBA' IS SUNNAH (MIS)

OLEH:


USTAZ BAKHTIAR EFFENDY
( Tidak Perlu Ragu, beliau mempunyai Tauliah)
TAJUK:-
TAUHID SALAFIYYAH WAHABIYYAH.

MUSLIMIN MUSLIMAT DI JEMPUT HADIR

Sinopsis /Pengisian Kuliah:

1)Membicarakan Allah duduk di atas.
2)Membicarakan sifat Allah, ada tangan,ada kaki,ada wajah,ada mata dsbnya ikut cara Wahabi.
3)Membicarakan kesesatan pengajian Sifat 20.
4)Membicarakan bahawa Abu Jahal & Abu Lahab bertauhid.
5)Membicarakan ramai yg sesat kerana belajar Sifat 20.

Jangan takut sebab Jabatan Agama Islam Negeri Sembilan takkan kacau kerana Wahabi ialah gangster tersohor.Slogan kita ialah" HIDUP WAHABI!!!HIDUP WAHABI!!!

Sunday, June 20, 2010

Tukar Madrasah I'tiba Us-Sunnah Ke Reban Ayam.

MIS telah menerima dua surat daripada Pejabat Agama Islam Daerah Kuala Pilah bertarikh 14 Jun 2010 MELARANG Jamaah As Sunnah Kuala Pilah melakukan Solat Jumaat di Madrasah Ittiba Us Sunnah, dan dalam surat kedua MELARANG menjemput penceramah yang tiada Tauliah Mengajar Agama di MIS. Mengikut surat yang ditandatangani oleh Pegawai Agama Islam Daerah itu, tindakan diambil berdasar kepada aduan daripada orang ramai. Adalah amat malang sekali, sebuah badan yang diamanahkan menjaga kepentingan ummat Islam dinegara ini, mengambil sesuatu tindakan yang menekan dan menghukum satu pihak tanpa diberi ruang menjelaskan pendirian dan perpegangannya yang hanya berpandukan ADUAN ORANG RAMAI. Siapakah orang ramai itu? Berapa ramaikan mereka? Apa hubungan mereka dengan MIS? Dan yang pastinya mereka yang membuat aduan itu, adalah mereka yang mencemburui dan jahil dengan perkembangan dan perjalanan MIS. Sebagai sebuah badan yang menjaga kepentingan umat Islam, Jabatan Agama Islam, tanpa mendengar pandangan pihak yang diadukan terus bersekongkol dengan pengadu dan menghukum LARANGAN itu dan ini dengan ugutan akan dituduh dibawah seksyen sekian dan penjara sekian banyak. Apakah ini suatu tindakan yang adil? Atau apakah Pejabat Agama Islam Daerah K. Pilah sudah tidak ada lagi kewibawaan untuk mencari jalan penyelesaian hal di MIS ini? Mengikut rekod yang ada dalam simpanan kami, kewujudan MIS ada lebih awal daripada enakmen Pentadbiran Agama Islam (N. Sembilan), maka itu tidakkah boleh Jabatan Agama Islam NS memberikan kelonggaran kepada MIS? Kerana peraturan dan enakmen itu adalah hasil dari pemikiran manusia, jika dibandingkan dengan peraturan dan perintah Allah dan Rasul, perhatikan: Nabi Muhammad saw dalam sabdanya telah mengistiharkan "telah dijadikan untukku bumi ini tempat bersujud (masjid) dan berseh".

Rasul Dahri mengomentar: Ana rasa dah sampai masanya MIS ditukar jadi reban ayam kerana memandangkan gambar reban ayam di atas lagi cantik daripada bangunan MIS.Ana pun sedih tengok bangunan buruk MIS dan rasanya tak sesuai nak buat solat Jumaat kat situ. Kerajaan dah buat banyak masjid dengan belanja berjuta-juta ringgit tapi kenapa antum-antum semua bodoh nak juga sembahyang kat bangunan MIS tu.Ana pun menyesal pergi Kuala Pilah, tak pasal-pasal ana kena cekup, malu ana.Kalau antum-antum ternak ayam daging kat bangunan MIS tu ada juga hasilnya daripada antum-antum buat kerja bodoh sebagaimana yang ana buat sekarang ni.Fikir-fikirlah ya pesanan dari Guru Wahabi antum ni.

Monday, May 3, 2010

Dr Asri Nak Tulis Skrip?


Ana membaca tulisan sahabat ana Dr Asri tentang filem-filem Indonesia yang ditontonnya. Di antara filem-filem itu ialah Perempuan Berkalung Sorban dan Sang Murabbi. Ana ada juga menonton filem Perempuan Berkalung Sorban dan part yang paling best ialah bila husband Anissa stim tengok video sang lelaki kena urut, maka Anissa jadi mangsanya.
Walau apa pun ana nak cadangkan juga Dr Asri menulis skrip tentang perjuangan Wahabi di Malaysia.Mungkin tajuk filem tu boleh di namakan "Sang Wahabbi" kerana kita memperjuangkan metode Wahabi.Dalam filem tersebut kita boleh dedahkan orang-orang yang sesat sebab buat kerja bida'ah seperti bertahlil, baca talqin, wirid ramai-ramai lepas solat, buat sambutan Maulidur Rasul, baca Berzanji dan macam-macam lagi.Ana boleh suruh anak ana rakam kat surau-surau atau masjid yang buat baca Yasin malam Jumaat, kemudian kita buat satu ceramah dalam filem tu mengatakan semua perbuatan mereka adalah bida'ah dan boleh masuk Neraka.
Dr Asri jangan lupa jemput ana berlakon dalam filem "Sang Wahabbi" ni sebab ana teringin juga nak jadi pelakon.Kalau boleh Dr Asri boleh ambil artis-artis yang seksi-seksi yang menyokong dia sewaktu dia kena tangkap dulu berlakon sama, tentu best.Dalam filem tu bolehlah kita buat adengan seorang lelaki sedang berkhalwat dengan kekasihnya tapi kena tangkap dengan JAIS, maka Ustaz Wahabi akan menentang apa yang JAIS buat.Ana rasa jika Dr Asri yang buat skrip dan menjadi Pengarahnya, tentu filem "Sang Wahabbi" akan dapat sambutan serta box-office.

Friday, April 16, 2010

Telan Airliur Ustaz.

Panas!!!Panas!!!Panas!!!! artikel yang ditulis oleh sahabat ana Dr Asri yang bertajuk "Telan Airliur Ustaz". Ana dihujani dengan berbagai-bagai soalan oleh peminat-peminat ana tentang hukum "telan airliur ustaz" tersebut.Maka persoalan yang bersarang di kepala antum-antum semua akan ana jawab secara ilmiah bercampur soalan. Maksud ana ialah bila antum-antum tanya ana. ana akan tanya kepada antum-antum semula untuk memikirkannya.
Antum-antum tahu bahawa seorang yang bergelar ustaz mestilah ada ilmu, maka apa yang diucapkannya itu adalah ilmu. Ilmu yang disampaikannya keluar dari mulutnya maka dah tentu bercampur air liur. Jadi, seperti yang ana katakan tadi, ana akan bertanya pula untuk antum-antum fikirkan jawapannya.
Sewaktu Dr Asri atau ana serta sahabat ana yang lain berkahwin, kami sudahpun bergelar ustaz.Kami kahwin bukanlah di kalangan ustazah, cuma wanita muslim biasa.Bila Dr Asri, ana dan yang lainnya berkahwin, malam pertama apa yang kami buat.Dah tentulah Dr Asri, ana dan yang lain bermesra dengan isteri.Untuk menaikkan nafsu syahwat, boleh tak Dr Asri, ana dan yang lainnya bercium mulut dengan isteri?Kemudian apa lagi yang kami buat?Kalau nak syok lagi dah tentulah kami juga sebagai lelaki yang ingin memuaskan nafsu isteri melakukan adengan jilat menjilat antara satu sama lain. Bila adengan sebegini dilakukan, ana nak tanya antum-antum yang ikut style mat salleh, tertelan tak apa-apa air baik dari mulut ataupun anu kita dan isteri. Jadi persoalannya, apakah hukumnya, boleh ke tak?Isteri kita bukan ustazah, tapi kita ustaz, maka isteri tertelan air liur ustaz bila bercium dengan ghairah, boleh ke tak?
Jadi isu ini bagi ana tak perlu diperbesarkan, takut kita malu sendiri kalau ada ikhwan-ikhwan yang bertanya seperti apa yang ana tanya tadi. Oleh itu ana tak nak campur hal ini sebab bila tertelan air apa-apa pun dari pasangan kita, syok juga.

Sunday, April 11, 2010

Ana Dicabar Oleh Abu Syafiq.

SAYA (ABU SYAFIQ AL-ASY'ARY) MENAWARKAN UNTUK BERDEBAT DENGAN RASUL DAHRI AL-WAHHABI DALAM APA-APA ISU PUN KHUSUSNYA BERKAITAN AQIDAH ISLAM DAN ISU BID'AH. SEBENARNYA AJAKAN INI TELAH LAMA SAYA KEMUKAKAN KEPADA SEMUA WAHHABI MALANGNYA YANG DATANG BERDEBAT AMAT SEDIKIT DAN MEREKA KALAH SEPERTI GURU UTAMA MEREKA (WAHHABI) AIMAN YUSUF DAQQAQ YANG KALAH DENGAN SAYA DALAM PERDEBATAN DI MASJID UIA GOMBAK DAN WAHHABI BOLEH RUJUKAN RAKAMAN MEREKA. SILA HUBUNGI SAYA DI 012-2850578 TERUS SAYA YANG JAWAB WAHAI RASUL DAHRI. JANGAN TAKUT! SAYA TAK MAKAN RASUL PALSU. SAYA MAKAN NASI ARAB.

AYYOH! TUNJUKKAN KELAKIANMU WAHAI RASUL PALSU!

Ana baru sahaja membaca blog Abu Syafiq yang mencabar ana untuk berdebat. Ini yang buat ana susah hati sebab guru Wahabi Aiman Yusuf Daqqaq pun boleh tewas apatah ana yang baru nak gerakkan fahaman Wahabi ini. Susah ana sekarang sebab kalau bercakap sorang-sorang dalam Youtube suruh anak ana rakam mudah sikit nak bedal bidaah ke tak. Setahu ana si Abu Syafiq ni memang petah bercakap, sedangkan ana ni kadang-kadang dok gagap juga bila ada orang bertanyakan soalan. Bila kita dah menghukum orang dengan bidaah, sesat, syirik, nak u-turn balik rasa malu pulak. Tak tahulah macamana ana nak buat, mungkin antum-antum yang setia dengan ana boleh tolong ana nak buat macamana. Selamatkanlah ana daripada menanggung malu bila berdepan dengan Abu Syafiq nanti.

Friday, April 9, 2010

Zamihan Bongkar Rahsia Ana.

Ini adalah buku yang ditulis oleh RASUL DAHRI, namanya terkenal di kalangan mereka yang mengakui sebagai salafi (wahhabi) di Malaysia. Dan beliau masih giat menyampaikan ceramahnya samada di dalam radio, kuliah agama dan melalui penulisan. Yang mana ia juga turut disebarluaskan di dalam youtube, facebook dan sebagainya.
Nampaknya Us.Zamihan al-Ghari telah membongkar segala rahsia ana mengkafirkan ulama-ulama terutamanya dari firkah Asy'ariyyah yang menjadi ikutan umat Islam dari dulu hingga kini. Memang ana lakukan agar umat Islam berakidah seperti apa yang ana ajar iaitu Allah duduknya di atas, bertangan, berwajah, berkaki dan lain-lain lagi sifat makhlukNya, cuma tak sama aja. Kalau ana tak tulis atau ajar cara berakidah seperti apa yang puak-puak Wahabi ajar, macamana ana nak popular. Nah tengok!!!! Budak-budak yang akalnya cerdik di Universiti Malaya pun dapat ana perbodohkan dengan fahaman Wahabi. Buktinya pihak UM membenarkan ana menyampaikan kuliah Wahabi, cuma ana tukar tajuk ke "Islam Anti Terrorist".
Nak sampaikan fahaman Wahabi, kita mesti bijak menggunakan platform alternatif seperti Facebook ataupun Youtube.Kalau tak percaya tanyalah bekas Mufti Wahabi, Dr. Asri. Dia pun dah macam Raja Petra yang menghuraikan hadis dan ayat Quran di Malaysia Today ikut fahaman dia sendiri, maka Dr Asri jadi ulama di MalaysiaKini. Laman alternatif seperti ini memberi kebebasan kepada kita sebagai pendokong Wahabi untuk mengkafirkan sesiapa saja yang tak nak ikut fahaman Wahabi. Caranya mudah.....cuma bagi tahu yang kita ini ikut Quran dan Sunnah, mesti ramai orang percaya.
Apapun, pembongkaran daripada Us. Zamihan telah menjejaskan serba sedikit tentang fahaman Wahabi yang nak ana sampaikan sebab ramai sangat yang baca blog dia. Kalau dulu Us. Mahfuz bongkar, tapi entah mana perginya dia, tapi Us Zamihan yang mesih ada membuatkan ana takut sikit. Pesanan ana kepada pendakwah-pendakwah Wahabi, berhati-hati, jangan sampai orang perasan yang kita ini adalah Wahabi Takfiri.