Friday, April 9, 2010

Zamihan Bongkar Rahsia Ana.

Ini adalah buku yang ditulis oleh RASUL DAHRI, namanya terkenal di kalangan mereka yang mengakui sebagai salafi (wahhabi) di Malaysia. Dan beliau masih giat menyampaikan ceramahnya samada di dalam radio, kuliah agama dan melalui penulisan. Yang mana ia juga turut disebarluaskan di dalam youtube, facebook dan sebagainya.
Nampaknya Us.Zamihan al-Ghari telah membongkar segala rahsia ana mengkafirkan ulama-ulama terutamanya dari firkah Asy'ariyyah yang menjadi ikutan umat Islam dari dulu hingga kini. Memang ana lakukan agar umat Islam berakidah seperti apa yang ana ajar iaitu Allah duduknya di atas, bertangan, berwajah, berkaki dan lain-lain lagi sifat makhlukNya, cuma tak sama aja. Kalau ana tak tulis atau ajar cara berakidah seperti apa yang puak-puak Wahabi ajar, macamana ana nak popular. Nah tengok!!!! Budak-budak yang akalnya cerdik di Universiti Malaya pun dapat ana perbodohkan dengan fahaman Wahabi. Buktinya pihak UM membenarkan ana menyampaikan kuliah Wahabi, cuma ana tukar tajuk ke "Islam Anti Terrorist".
Nak sampaikan fahaman Wahabi, kita mesti bijak menggunakan platform alternatif seperti Facebook ataupun Youtube.Kalau tak percaya tanyalah bekas Mufti Wahabi, Dr. Asri. Dia pun dah macam Raja Petra yang menghuraikan hadis dan ayat Quran di Malaysia Today ikut fahaman dia sendiri, maka Dr Asri jadi ulama di MalaysiaKini. Laman alternatif seperti ini memberi kebebasan kepada kita sebagai pendokong Wahabi untuk mengkafirkan sesiapa saja yang tak nak ikut fahaman Wahabi. Caranya mudah.....cuma bagi tahu yang kita ini ikut Quran dan Sunnah, mesti ramai orang percaya.
Apapun, pembongkaran daripada Us. Zamihan telah menjejaskan serba sedikit tentang fahaman Wahabi yang nak ana sampaikan sebab ramai sangat yang baca blog dia. Kalau dulu Us. Mahfuz bongkar, tapi entah mana perginya dia, tapi Us Zamihan yang mesih ada membuatkan ana takut sikit. Pesanan ana kepada pendakwah-pendakwah Wahabi, berhati-hati, jangan sampai orang perasan yang kita ini adalah Wahabi Takfiri.

No comments:

Post a Comment