Wednesday, March 31, 2010

PMIUM Sokong Ana.

Persatuan Mahasiswa Islam Universiti Malaysia (PMIUM) mendesak pegawai kanan sebuah institut di bawah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) supaya memohon maaf secara terbuka kerana didakwa “mengaitkan persatuan itu dengan aliran-aliran tertentu di Malaysia”.

Presiden PMIUM Shazni Munir Mohd Ithnin berkata, pihaknya mendapat aduan, pegawai kanan dari Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM) - dalam kuliah sebelum solat Jumaat di Masjid Al-Rahman di Jalan Pantai Bharu, pada 12 Mac lalu, dikatakan telah mengaitkan PMIUM dengan penganjuran sebuah seminar anti-terorisme.

Sedangkan, kata Shazni Munir, program tersebut - yang dikatakan melibatkan tokoh-tokoh 'Wahabi' - pada 28 Mac lalu, dianjurkan oleh sebuah NGO lain dengan kerjasama Bahagian Hal Ehwal Pelajar dan Alumni Universiti Malaya (UM) serta Majlis Perwakilan Mahasiswa Universiti Malaya (MPMUM).

“Kita tidak pro pada mana-mana aliran. Wahabi pun tidak, ahbas pun tidak. Kita ada semua pihak dalam PMIUM. Kita berlapang dada dengan semua aliran.

“Mengaitkan kita dengan mana-mana aliran, menyebabkan orang tutup pintu dengan kita,” kata Shazni ketika dihubungi Malaysiakini hari ini.

Ana hairan sebab PMIUM takut dituduh Wahabi. Kenapa antum-antum nak takut kalau benar-benar kita berjuang untuk mengembangkan Wahabi? Berlapang dada dengan Wahabi, bermakna sokong jugalah antum-antum pada Wahabi, tak gitu Akhi Shazni? Mana ada orang nak tutup pintu sebab PMIUM sendiri yang buka pintu bagi ana dan geng-geng Wahabi buat seminar.

Ana nasihatkan PMIUM agar kita terus berjuang menegakkan Wahabi sebab hanya di UM saja kami boleh berceramah.Apa pun terima kasih kepada PMIUM kerana tak membantah kedatangan ustaz-ustaz Wahabi ke UM. Apa yang Zamihan cakap tu dah betul dah kita ni Wahabi, apa lagi kita nak nafikan dengan hantar surat ke sana ke mari. Berita ini menggembirakan ana dan ustaz-ustaz Wahabi yang lain sebab PMIUM akan terus buka pintu bagi kami berceramah di UM. Tahniah PMIUM kerana membantu dakwah Wahabi.


No comments:

Post a Comment