Thursday, January 21, 2010

Al-Mizaan Itiba Us-Sunnah Marahkan Ana.

Menconteng Arang Di Muka Sendiri

Kegiatan jahat tidak bermoral Penentang Gerakan Kembali Kepada Al-Qur'an dan Sunnah tidak henti dengan sifat cemburu dan iri hati. Terbaru dengan penyamaran sebagai ANAWAHABI berwajahkan Ust. Rasul Dahri meninjau-ninjau kesini dan dalam laman sesawangnya memaparkan kata-kata sindiran, celaan dan maki hamun terhadap Ust. Rasul Dahri dan rakan-rakan. Pembaca budiman tentunya dengan mudah dapat menghidu mainan nakal anak-anak yang masih tidak matang dalam peradaban bidang yang dimasukinya ini. Mereka menceduk dan mengambil apa yang sesuai pada kehendak nafsu kelaman mereka tanpa ada sedikit malupun. Kepada rakan-rakan As Sunnah diminta kita dapat terus memperkukuh aqidah dan kepercayaan bahawa kembali kepada Al-Qur'an dan Sunnah itulah sahaja jalan untuk menyelamat diri dari perpecahan dan kesesatan.

Sampainya hati blog Almizzan cakap begini pada ana. Antum-antum kat I'tibba us-Sunnah ni lupa ke jasa-jasa ana yang selalu berkunjung ke I'tibba us-Sunnah dalam gerak kerja mengWahabikan orang Kuala Pilah? Ana tak sangka I'tibba us-Sunnah kata ana conteng muka ana sendiri. Ana cuma nak jadi follower blog kawan-kawan Wahabi ana pun tak boleh, kenapa? Dahlah ana susah nak buat ceramah la ni, silap haribulan kena tangkap, member sendiri pulak sisihkan ana. Apa pun ana minta maaf sebab dedahkan indenti kita sebagai pendukung Wahabi sebenar. Ana dah letih dah nak pura-pura, lebih baik kita berterus-terang aja yang kita ini sebenarnya WAHABI bertopengkan SALAFI.

No comments:

Post a Comment