Monday, January 25, 2010

Soal Jawab Siri 2.

Ikhwan-ikhwan yang ana hormati sekelian. Bertemu lagi kita dalam sesi soal jawab bersama ana untuk menghuraikan apa-apaytang tersimpul di kepala antum-antum sekelian.
Ana mendapat banyak email daripada sahabat-sahabat ana yang mengkritik pendedahan ana sebagai pendukung Wahabi. Cuma di sini ana hendak menjawab satu soalan yang dikirim kepada ana oleh seorang yang bernama Udin. Soalan beliau berbunyi:
"Kenapakah setiap kali dalam ceramah, Ustaz suka membidaahkan, mensyirikkan, malah menyesatkan amalan-amalan yang telahpun disepakati oleh ulama-ulama silam dan ulama kini"?
Untuk menjawab soalan daripada Udin ini, ana telah bertafakur sehinggalah ana dapat ilham untuk menjawabnya. Sememangnya ana suka membidaah, mensyirik, malah menyesatkan amalan-amalan yang telah disepakati oleh ulama setiap kali ana berceramah. Ini bertitik tolak dengan sejarah yang ana baca sehinggalah ana ingin menjadi seperti mereka. Antum-antum mesti kenal dengan Syeikh Abdul Hadi, Hasan Bandung, Hashim Ghani, Abu Hassan al-Syaari dan lain-lain sebgai tokoh Wahabi Nusantara. Begitu juga dengan Muhammad Ibn Wahab, pengasas fahaman Wahabi.
Untuk menjadi terkenal seperti mereka, maka dengan itu ana juga membawa pendekatan yang sama. Jika kita mengikut ulama-ulama Ahli Sunnah Wal Jamaah yang sebenar seperti apa yang dilakukan oleh ulama-ulama kini, maka nama kita takkan disebut lagi bila kita mati nanti. Oleh itu, untuk meletakkan nama kita sebaris dengan tokoh-tokoh Wahabi yang ana sebutkan, maka ana mesti menjadi Wahabi tegar agar nama ana juga akan disebut-sebut selepas ana mati nanti.
Ana percaya, apabila ana mati nanti, akan ada sahabat ana seperti di Al-Mizzan I'tibba as-Sunnah menulis profil dan perjuangan ana sebaris dengan Hashim Ghani sebagai tokoh Wahabi yang disegani. Jika ana mengikut fahaman Ahli Sunnah Wal Jamaah yang sebenar seperti apa yang dilakukan oleh Mufti-Mufti, Dr. Uthman Muhammaddiy, Zamihan, Abu Syafiq, Us. Mahfuz dan lain-lain, maka nama mereka tidak akan disebut selama-lamanya. Jika kita menjadi Wahabi tegar, maka kita akan lebih popular daripada mereka-mereka ini.
Seperkara lagi, ana juga ditanya kenapa menggunakan nama Al-Wahabi di hujung nama Rasul Dahri. Ana juga ingin manjadi seperti Us. Zamihan Al-Ghari, Us. Mahfuz al-Subki, Syeikh Fuad al-Maliki, maka ana letakkan nama Rasul Dahri al-Wahabi.

No comments:

Post a Comment