Friday, January 22, 2010

Soal Jawab Bersama Ust. Rasul Dahri.

Soalan: Assalamualaikum Ustaz. Ibu saya baru sahaja meninggal dunia akibat penyakit barah. Baru-baru ini ayah saya yang mana seorang Imam masjid telah menjemput jemaah masjid untuk mengadakan bacaan Yasin dan tahlil. Apakah hukumnya perbuatan ayah saya dan jemaah masjid tersebut? - Ayu-Kempas Johor.

Jawapan URD: Waalaikumsalam. Telah saya jelaskan bahawa membaca Yasin dan tahlilan untuk orang yang sudah mati hukumnya haram. Dengan itu perbuatan ayah dan rakan-rakannya adalah bidaah yang sesat. Setiap bidaah yang sesat, tempatnya di neraka. Kesihan kepada ayah anta dan kawan-kawannya kerana menempah tiket ke neraka.

Soalan: Di masjid dekat rumah saya diadakan pertandingan berzanji dan marhaban. Sebanyak 10 kumpulan (setiap kumpulan 10 orang) telah menyertainya. Apakah hukumnya ustaz?-Man-Kg. Majidee.

Jawapan URD: Ini juga sudah ana katakan, bahawa berzanji itu syirik hukumnya. Ini bermakna 100 orang yang menyertai pertandingan berzanji tu dah lakukan kesyirikan terhadap Allah. Kesimpulannya, sesiap yang syirik, masuk ke dalam neraka, maka kesemua mereka yang berzanji itu akan ke neraka.

Soalan: Jabatan tempat saya bekerja sibuk nak mengadakan perarakan Maulidur Rasul dengan melakukan persiapan.Mereka akan sertai perarakan bersama-sama jabatan lain yang akan diadakan di Masjid Putrajaya. Apa pandangan Ustaz?-keliru- Putrajaya.

Jawapan URD: Sambutan Maulidur Rasul adalah bidaah.Siapa yang sambut, hukumnya sesat.Kalau satu Malaysia ada 2 juta orang yang sambut, nampaknya 2 juta orang itu akan masuk neraka sebab buat kerja bidaah. Nasihat saya jangan sambut, baik anta pergi nyanyi kat mana-mana karaoke.

bersambung...................

nota: sila hantar soalan berkaitan dengan bidaah, syirik dan sesat untuk dijawab oleh URD.

No comments:

Post a Comment